LAMAN UTAMA



Pengenalan
            Persatuan Pemuda Sibu dengan rasminya telah diluluskan penubuhannya pada 8 April 2011. Tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk meningkatkan, menaiktarafkan serta memantapkan ekonomi pemuda-pemuda di Sibu. Selain itu, tujuan sampingan ialah membanteras gejala sosial yang negatif dikalangan belia atau pemuda di Sibu dengan menyediakan pelbagai kategori program.

Peranan
            Persatuan Pemuda Sibu (PPS) memainkan peranan yang penting dalam mengumpul semua remaja atau belia di Sibu atay Sarawak sama ada lepasan sekolah, yang belum bekerja ataupun yang sudah ada pekerjaan dan setiap lapisan pemuda yang berumur 18 hingga 45 tahun; untuk menjadi ahli PPS. Setiap ahli akan dikenalpasti latarbelakang mereka dan PPS akan menyalurkan mereka ke tempat, bidang atau aktiviti yang sesuai bagi membolehkan setiap pemuda tidak ketinggalan dalam perkara yang berkaitan dengan peningkatan ekonomi; yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada setiap individu pemuda.
           
Sasaran Ahli
            Menurut statistik jumlah penduduk mengikut jantina; bangsa etnik untuk tahun 2010, terdapat seramai lebih 500,000 orang belia berumur sekitar 20 hingga 44 tahun di Sarawak. PPS mensasarkan keahlian paling kurang 10% dari jumlah tersebut iaitu seramai 50,000 orang akan menyertai PPS; setelah mengetahui fungsi sebenar PPS.


Aktiviti Sampingan  
             PPS juga merangka untuk menyediakan pelbagai aktiviti sampingan yang dapat mendedahkan setiap ahli PPS dengan program kemasyarakatan. Contohnya:
·         Kelab Motor PPS;bagi menarik minat kumpulan belia motor. Tujuan PPS mensasarkan penyertaan kumpulan tersebut adalah untuk memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini supaya pemantauan dapat dilakukan sekaligus mengurangkan gejala tidak sihat. Antara aktiviti yang akan dilakukan bersama kumpulan ini ialah servis motor percuma, jerayawara, kempen keselamatan jalanraya, penganjuran “Cup Prix” dan sebagainya.
·         Kelab Anti Jenayah PPS; mengadakan kursus atau taklimat ringkas berterusan dengan kerjasama jabatan berkenaan. PPS menggalakkan penyertaan belia dalam kelab ini supaya secara tidak langsung indeks jenayah dikalangan belia dapat dikurangkan (Rakan COP)
·         Kelab Sosial Masyarakat PPS; aktiviti lawatan ke rumah orang tua dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong peringkat surau, kampung atau daerah.
·         Kelab Ekonomi/ Usahawan PPS; bakal usahawan atau usahawan yang sedia wujud berkumpul bersama dalam merangka strategi peningkatan ekonomi belia
·         Kelab Profesional PPS (akauntan, arkitek, doktor, pensyarah; dsb.); terdiri dari belia yang sudah berkerjaya yang akan turut bekerjasama dalam pembangunan ekonomi belia
·         Kelab Sukan; menonjolkan bakat-bakat terpendam dengan penganjuran pertandingan sukan seperti bolasepak, futsal, badminton, basikal dan lain-lain

No comments:

Post a Comment