PPS
akan menubuhkan satu program atau sistem yang diberi nama "PPS ONE
STOP" . Melalui program ini, setiap ahli yang berdaftar akan diserapkan ke
dalam 3 kategori program iaitu:
1. EKONOMI
·
setiap
ahli yang berminat dalam bidang perniagaan, akan diserapkan ke dalam pelbagai jenis kursus yang dianjurkan
oleh jabatan-jabatan kerajaan
seperti MARA, TEKUN dan sebagainya. Pelbagai kemudahan akan disediakan kepada peserta
program ini. Setelah tamat dalam pengajian atau kursus, ahli-ahli yang
menyertai program ini akan diserapkan ke dalam mana-mana syarikat hak milik
ahli PPS yang sedang aktif beroperasi. Ini adalah untuk tujuan praktikal.
Setelah selesai, ahli tersebut akan dikumpulkan semula mengikut kategori bidang
perniagaan yang ingin diceburi dan menjalankan perniagaan sebenar. Contoh
perniagaan yang akan dijalankan ialah kilang untuk bahan mentah, pasaraya,
kedai runcit, restoran, kontraktor, pembekal dan sebagainya. Walaupun bidang
atau kategori perniagaan yang berlainan, setiap ahli akan saling membantu dalam
mengembangkan pasaran perniagaan masing-masing dengan mengutamakan ahli ataupun
bumiputera khasnya.
2. PELAJARAN
·
bagi
ahli lepasan sekolah, PPS akan membantu menyalurkan maklumat secukupnya ke mana
hala tuju sama ada menyambung pelajaran ke IPTA atau IPTS. Dalam perancangan
jangka masa panjang, setelah mempunyai taraf kewangan yang kukuh, PPS akan
memberi sedikit bantuan kepada ahli-ahli yang berkeinginan menyambung pelajaran
mereka.(yang tidak mampu). PPS juga akan menyediakan aktiviti seperti kelas
tuisyen bagi memantapkan keputusan peperiksaan anak-anak ahli PPS atau pun
penduduk setempat. Bagi lepasan IPTA/IPTS yang ditaja oleh PPS, akan disediakan
peluang pekerjaan bersama syarikat hak milik ahli-ahli PPS. Dengan kerjasama
ketiga-tiga kategori, PPS akan membentuk Yayasan
Pelajaran Belia; khas untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang kemampuan
untuk melanjutkan pelajaran.
·
bagi
ahli yang menganggur, PPS menyediakan sistem khidmat mencari pekerjaan untuk
ahli-ahlinya yang layak mengikut syarat.(contoh; JobStock Sarawak) Dalam
kategori ekonomi (1) di atas juga
tersedia pelbagai peluang pekerjaan untuk ahli-ahli PPS. Bagi ahli-ahli yang
telah menyertai program Ekonomi (1) di atas, sudah tentunya akan menjalankan
perniagaan sendiri dan menyediakan jawatan kosong khas kepada ahli-ahli PPS
yang menyertai program KERJAYA PPS ini. PPS juga akan melatih pekerja untuk
dijadikan pakar dalam beberapa bidang tertentu.
*Melalui program PPS One Stop, setiap remaja,
pemuda dan belia yang menjadi ahli PPS tidak akan ketinggalan menyertai program
tersebut. Sasaran utama PPS ialah memastikan setiap lapisan pemuda mempunyai
pendapatan sendiri dan masa mereka dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah. Jika sasaran tercapai, maka masalah gejala negatif akan dapat
ditangani serta dikurangkan. Dalam masa yang sama, jika program ini berjalan
lancar, PPS yakin setiap ibubapa di Sibu secara automatik akan menyarankan
anak-anak mereka menyertai PPS selepas tamat persekolahan. Maka ahli-ahli PPS
akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

No comments:
Post a Comment