Belia merupakan aset
yang sangat penting kepada Negara. Mereka adalah barisan pelapis yang akan
menentukan hala tuju Negara pada masa hadapan.
Pelbagai usaha telah
dilakukan dan dirangka oleh pemimpin-pemimpin negeri mahupun Negara untuk
membentuk peribadi belia yang ada sekarang, namun tidak 100% usaha seperti
penganjuran program serta aktiviti disertai oleh belia; walaupun Kerajaan
Malaysia telah memperuntukkan jutaan ringgit khas untuk pembangunan kumpulan-kumpulan
belia di seluruh Negara.
Permasalahan sebenar yang
berlaku di kalangan belia sekarang ialah:
·
Kurang
info mengenai program-program tersebut
·
Tiada
daya penarik;pengaruh rakan sebaya
·
Tiada
satu kumpulan atau persatuan yang menjadi nadi hala tuju belia
·
Tiada
kesinambungan selepas program diadakan
Tujuan utama
penubuhan PPS ialah untuk menjadi satu badan khas yang dilantik untuk tujuan
menjalankan tugas sebagai penghubung belia-belia di Sarawak kepada apa-apa
kemudahan, aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian,
Jabatan ataupun badan-badan lain.
Idea penubuhan PPS
adalah hasil dari apa yang dilihat dari situasi sekeliling; dari masa silam
atau terkini; iaitu berkenaan usaha gigih yang telah dilakukan oleh kerajaan
Malaysia; yang tiada nadi utama sebagai penggerak, penarik, pengumpul serta
pemantau berkesinambungan. PPS adalah sebagai jaminan kepada kerajaan khasnya
di Sarawak dalam membentuk barisan pelapis masa hadapan; akan menghasilkan
barisan pemimpin yang terdiri dari pelbagai kategori bidang atau karier dan
yang pastinya insyaAllah golongan ELIT akan terhasil dari projek pembangunan
belia ini. Mengapa PPS memilih strategi pembangunan belia bumiputera melalui
ekonomi, sama-sama kita baca dan meneliti kertas kerja ini untuk kebaikan kita
bersama.
No comments:
Post a Comment