Thursday, 14 February 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 1 April 2012

KARNIVAL BELIA SIBU 2012: 1 MINGGU LAGI!! ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

Add caption
Add caption
Add caption
Seperti yang kita sedia maklum,Karnival Belia Sibu 2012 anjuran Persatuan Pemuda Sibu (PPS) akan diadakan pada 8 April 2012 (Ahad) di Dewan MUC Sibu. Program yang telah dirangka oleh badan jawatankuasa induk PPS memuatkan pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Para belia atau pemuda pemudi di sekitar bandar Sibu dan kawasan yang berdekatan diundang sama-sama hadir menjayakan serta memeriahkan program yang julung kali diadakan di Sibu.

Sudah pasti ramai yang menanti-nantikan program karnival ini kerana aktiviti-aktiviti yang akan berjalan ialah seperti Konvoi Kelab Motor PPS, Pertandingan Sukan, Pertandingan Cup Cake, Battle of The Bands dan banyak lagi. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu juga akan disertai oleh badan-badan kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia dan lain-lain.

Pada sebelah malamnya pula,program ini juga akam diselitkan dengan acara hiburan persembahan kebudayaan. Para belia juga akan berpeluang menonton siaran langsung perlawanan bolasepak  English Premier League bersama dengan YB Dr Annuar Rapaee pada malam itu sebagai program penutup karnival tersebut.

JUMPA ANDA DI KARNIVAL BELIA SIBU 2012 8 APRIL 2012 AHAD (MINGGU HADAPAN)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 30 March 2012

Mengimbas Kembali Perasmian Persatuan Pemuda Sibu (PPS) 2011


 Pada 10 April 2011,bertempat di Hotel Paramount, Jalan Kampung Datuk Lama Sibu, dewan dipenuhi lebih kurang 100 orang belia yang terdiri daripada warga asal Sibu, telah bersama-sama menyaksikan perasmian Persatuan Pemuda Sibu (PPS); yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Annuar Rapaee.

Para belia yang hadir adalah dari pelbagai kategori iaitu penganggur, pekerja, siswazah, graduan, peniaga dan lain-lain. Mereka sama-sama ingin menyaksikan perasmian ini dengan harapan yang baru agar persatuan ini dapat membawa mereka lebih maju dan selari dengan belia-belia lain di seluruh negara.

" Saya tidak mahu para remaja atau belia di Sibu khasnya terpinggir dan tidak tahu hala tuju masing-masing; apatah lagi masa hadapan. Kami, PPS bersedia membantu para belia dalam menentukan aktiviti yang mendorong ke arah peningkatan ekonomi", kata pengerusi PPS, Encik Bunsu bin Junaidi yang juga merupakan seorang usahawan muda yang berjaya di Sibu.


YB Dr. Annuar Rapaee mengatakan bahawa beliau amat menyokong aktiviti-aktiviti positif yang dilakukan oleh mana-mana pertubuhan belia iaitu PPS khasnya. Beliau meminta PPS agar meneruskan usaha dalam pembentukan hala tuju belia di bandar Sibu.




 Semua belia yang hadir amat berpuas hati dan masing-masing bersedia untuk bergerak bersama PPS dalam menentukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sukan, sosial dan terutamanya ekonomi bagi mengelak gejala negatif meningkat dan berleluasa.




PERUTUSAN YAB DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2011





Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
PEMBUKA
1.   Pertama-tamanya saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia. Sesungguhnya  golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI
Saudara saudari sekalian,
2.   Hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020.  Malaysia memiliki tradisi  unik  bersikap pragmatik dan bukan dogmatik , mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang  mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional  yang  bersifat transformatif. Inilah keunikan negara kita dari merebut kemerdekaan secara rundingan, mengukuh perpaduan nasional melalui integrasi dan bukannya asimilasi, menghapuskan pemberontakan komunis dengan memenangi hati dan fikiran, membangunkan kawasan luar bandar secara sistematik, membina infrastruktur asas secara di hadapan keluk,  menarik pelaburan asing bagi merangsang proses perindustrian dan hari ini meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.
3.   Kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk mencapai aspirasi nasional ini hanya akan berjaya menerusi perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan lagi usaha secara eceran atau berdikit-dikit. Ke arah matlamat ini lahirlah  Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM);  bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan Negara kita bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020.
4.   Kejayaan wawasan dan kesemua prakarsa nasional ini memerlukan  sumbangan pro-aktif golongan belia yang seharusnya menjadi penggerak yang memacu Negara ke tahap yang kita impikan. Maka amat sesuai tema bagi Hari Belia Negara 2011, “Belia Pemangkin Transformasi”.
BELIA MENCERMIN KEUNGGULAN NEGARA
Saudara dan saudari,
5.   Golongan belia mencerminkan harapan masa hadapan negara; saudara saudari semua adalah penting untuk masa depan Negara – “the best hope for the nation’s future”. Semangat dan azam yang  membara di kalangan anak muda, seharusnya disalurkan ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dapat membangunkan diri dan mengambil peluang  sosioekonomi  yang kian bertambah.
6.   Semangat kesukarelawan juga harus dinyalakan kembali, dipacu oleh daya tenaga serta idealisme golongan belia . Taburlah khidmat bakti dengan penuh keikhlasan kerana  wang ringgit tidak akan kekal namun budi baik yang  tetap dikenang.
1MALAYSIA PENYULUH KEMARAAN
Saudara saudari sekalian,
7.   Berpaksikan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya percaya golongan belia akan terus memacu Negara ke hadapan. Sebagai pewaris bangsa, agama dan Negara, golongan muda sewajarnya meneruskan perjalanan mulia ini, lebih-lebih lagi dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional.
8.   Semoga tahun 2011 dan seterusnya akan menyerlah dengan adanya penglibatan tenaga muda di dalam Arus Perdana Negara. Tampil ke hadapan mengambil tampuk utama transformasi Negara. Jadikanlah usia muda ini sebagai landasan ke masa hadapan yang diingini, yang diimpikan.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.



Wednesday, 28 March 2012