Friday, 30 March 2012

Mengimbas Kembali Perasmian Persatuan Pemuda Sibu (PPS) 2011


 Pada 10 April 2011,bertempat di Hotel Paramount, Jalan Kampung Datuk Lama Sibu, dewan dipenuhi lebih kurang 100 orang belia yang terdiri daripada warga asal Sibu, telah bersama-sama menyaksikan perasmian Persatuan Pemuda Sibu (PPS); yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Annuar Rapaee.

Para belia yang hadir adalah dari pelbagai kategori iaitu penganggur, pekerja, siswazah, graduan, peniaga dan lain-lain. Mereka sama-sama ingin menyaksikan perasmian ini dengan harapan yang baru agar persatuan ini dapat membawa mereka lebih maju dan selari dengan belia-belia lain di seluruh negara.

" Saya tidak mahu para remaja atau belia di Sibu khasnya terpinggir dan tidak tahu hala tuju masing-masing; apatah lagi masa hadapan. Kami, PPS bersedia membantu para belia dalam menentukan aktiviti yang mendorong ke arah peningkatan ekonomi", kata pengerusi PPS, Encik Bunsu bin Junaidi yang juga merupakan seorang usahawan muda yang berjaya di Sibu.


YB Dr. Annuar Rapaee mengatakan bahawa beliau amat menyokong aktiviti-aktiviti positif yang dilakukan oleh mana-mana pertubuhan belia iaitu PPS khasnya. Beliau meminta PPS agar meneruskan usaha dalam pembentukan hala tuju belia di bandar Sibu.




 Semua belia yang hadir amat berpuas hati dan masing-masing bersedia untuk bergerak bersama PPS dalam menentukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sukan, sosial dan terutamanya ekonomi bagi mengelak gejala negatif meningkat dan berleluasa.



No comments:

Post a Comment